Berita Semasa

==Permohonan Kursus Bagi Tahun 2018==

Dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti kursus anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi Tahun 2018 telah dibuka mulai 2 Februari 2018.


Halaman Utama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman Sistem Pengurusan Latihan,

Pembangunan sumber manusia secara terancang dan berterusan merupakan salah satu komponen penting dalam pengurusan sumber manusia khususnya dalam konteks dunia hari ini di mana modal intelek telah dilihat sebagai satu aset penting bagi sesebuah organisasi. Modal intelek yang tinggi boleh menjadi driving force kepada organisasi untuk mencapai apa jua matlamat dan hala tuju yang telah digariskan.

Dalam konteks perkhidmatan awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) telah diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang memberi penekanan terhadap keperluan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Sehubungan dengan itu, setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan bagi membentuk sumber manusia sektor awam yang sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.

Bagi memantapkan aspek pengurusan latihan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), laman ini disediakan bagi memudahkan interaksi di antara warga dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta menjadi pusat sehenti bagi segala capaian kepada maklumat berkaitan latihan.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi),
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 14, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.